Nak Balik Raya?
Sedar tak sedar tinggal beberapa hari akan menjelang hari raya. Maklumlah 2 tahun tak dapat beraya bersama keluarga dan saudara mara tercinta ☺️
Jadi zizah nak kongsikan beberapa perkara yang korang wajib buat sebelum meninggalkan rumah.
1. Bawa barang berharga - jika perlu bawa semua barang berharga, silalah bawa sebelum meninggalkan rumah anda. Maklumlah sekiranya semua jiran tertangga pun sudah pulang ke kampung halaman masing-masing akan berisiko rumah kita untuk berlaku kecurian di waktu perayaan.
2. Cabut penutup kepala tong gas dan matikan suis utama elektrik - hah ini pun perkara penting yang selalu zizah buat. Risau sekiranya kita sudah pulang ke kampung berlaku litar pintas ke ini akan menyebabkan kebakaran.
3. Biarkan lampu dihadapan rumah terbuka - ini untuk menunjukkan rumah anda berpenghuni walaipum ketika anda pulang ke kampung untuk mengelak risiko rumah dipecah masuk.
4. Kunci pintu dan tingkap - cek dahulu setiap penjuru rumah untuk memastikan tingkap dan juga pintu rumah anda berkunci. Tips tambahan sekiranya ada haiwan peliharaan sila bawa atau hantar kepada penjaga. Kena tengok- tengok dalam rumah kot tertinggal haiwan peliharaan anda nanti sebelum kunci 😆
5. Maklumkan kepada pihak polis - pergi ke balai polis berdekatan dan isi borang. Ini dapat membantu untuk mengawasi awasn rumah anda..
Ps:// rayakan sebulan jangan lupa dapatkn seluar tidur anda. Tukar yang lama kepada yang baru 🥰. Kita dah restock semua seluar tau.
Sumber rujukan: DAG
.
" Your homewear partner specialist "
.
#ileeyna #selesa #pantas #berkualiti

Comments
Post a Comment